Isnin, 13 Ogos 2018

assalamualaikum wmwbkth

Selamat berkenalan dengan blog simple dan ringkas dari saya. namun tajuk yang saya ingin kongsikan adalah berkaitan dunia metafizik.

bila saya mula berbicara tentang metafizik dengan rakan2 termasuklah peserta kursus saya, wajah wajah mereka membayangkan pelbagai reaksi. ada reaksi sinis dan ada reaksi normal dan ada reaksi yang penuh tanda tanya.

dari reaksi2 tersebut, apa yang dapat saya simpulkan adalah... metafizik itu sendiri bukanlah satu bidang ilmu yang jelas, tuntas dan objektif seperti ilmu fizik. sebaliknya ia masih bersifat samar, relatif dan subjektif.

adanya istilah META mendahulu FIZIK itulah yang memisahkan antara FIZIK dengan SIFAT atau POLARITI di sebaliknya. meta bermakna di seberang atau di sebalik. namun, kita tidak diberi pilihan untuk memisahkan meta dengan fizik. ilmu barat telah cuba memisahkannya - akibatnya mereka buntu dan terkandas.

ada juga pandangan yang mengatakan bahwa METAFIZIK mempunyai dunianya sendiri, yakni terpisah dari dunia fana ini. ini adalah pandangan yang salah atau tidak memahami apa itu metafizik yang sebenarnya. sebenarnya dunia metafizik dengan dunia fizik adalah satu. kedua dua menempati ruang dan masa yang sama. kedua dua nya berada dalam anatomi dan fisiologi yang sama dan mengalir pada kedua duanya.

contohnya, kita boleh mempelajari dan mengenali seekor LEMBU JANTAN secara FIZIK. ambillah masa bertahun-tahun mempelajarinya. anda boleh melukiskan rupabentuknya sehingga anda betul betul arif tentang fizik seekor lembu jantan.

namun apabila kajian anda tentangnya sudah melangkaui batas FIZIK misalnya anda mahu tahu kenapa lembu jantan mengejar bendera berwarna MERAH anda tidak akan bertemu jawabannya pada lukisan yang anda lukiskan tadi. anda tentu ingin tahu kenapa di seluruh dunia lembu jantan amat terangsang dengan warma merah - bukan hijau atau hitam! jawapannya hanya mungkin dari dunia metafizik.

begitu juga beruk, tidak mungkin seorang petani dapat memanfaatkan seekor beruk untuk memanjat dan memetik buah kelapa jika hanya memahaminya secara FIZIK semata. justeru kita hendaklah meyakini betapa setiap FIZIK itu adalah yang TERSURAT dan ia mempunyai polariti yang tersirat.

kita dapati, seekor beruk (FIZIK) dan potensi untuk dilatih memetik kelapa (METAFIZIK) berada dalam tubuh beruk tersebut. maka mengatakan bahawa metafizik berada dalam alamnya sendiri adalah kurang tepat.

saya akan lanjutkan dan bicarakan tajuk ini di kesempatan akan datang. insyaallah.